Friday, April 22, 2011

Run Run Run



"Run Run Run" hehehe sedap pulok lagu nyanyian dari Phoenix band yang juga berasal dari france ni. Tapi saye bukan nak cerita pasal lagu. Ni nak story pasal event run atau larian yang ibarat cendawan tumbuh pas hujan. hehehe. Event yang terdekat selepas acara Energizer Nite Race adalah KL Tower Night Challenge 2011. Lari 1km panjat tangga 382meter dari aras laut. Fuhh! tinggi tuu.Nak panjat tangga rumah 5 tingkat pon dah tercungap ... ni kan pulok 382meter punye tangga. Sempat lagi nak training. Lebih kurang 15 hari je lagi. Nak daftar pon sempat lagi. Click je kat link yang diberi.Jangan risau. Saye dapat info pon dr Che Man. Kali nie InsyaAllah saya masuk. Pas gaji nanti nak daftar. Jumpe nanti kat sane eh."Somebody may beat me, but they are going to have to bleed to do it." -Anonymous





Friday, April 15, 2011

Energizer Night Race 2011

Memang banyak acara larian kat Malaysia ni setiap bulan. Esok pulak event marathon yang ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu Malaysia Energizer Night Race 2011. Ape yang menarik ialah marathon ni bakal berlangsung di trek F1 Sepang kebanggaan negara. Menarikkan! (>_<) best tu lari kat dalam trek F1. Nak tambah menarik lagi lari waktu malam. Fuhh! Bukan sahaja larian.. macam-macam acara menarik seperti tayangan di screen besar filem "Transformers 1 dan 2" untuk para pengunjung yang datang. Event ni memang mendapat perhatian menyeluruh media massa. Ade dua- tiga orang kawan yang join night race ni. Salah sorang kawan saya yang join event ni iaitu Kay. Untuk yang tidak mengenali Kay click name die. Jom kite ramai-ramai support die. Ni lah acara larian yang pertama dalam hidup die. Semoga die berjaya. All the best Kay!


Thursday, April 14, 2011

SHELL Advance Battle of the Bands 2011

Banyak pulak idea ni bile dah nak seminggu tak ber"blogging" ni. Membuak-buak idea nak dicurahkan kan sini. Tapi satu-satu lah ye. Malaysia ni memang macam Hollywood gak bile nak melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang muzik tanahair. Ni bukan nak story pasal Akademi Fantasia 9 tapi pasal  SHELL Advance Battle of the Bands 2011. Kalau nak masuk tu memang dah terlambat la. Tarikh tutup untuk zon sentral @ Klang Valley 9 April lepas. Hadiah yang ditawarkan pon lumayan. RM3000 untuk juara zon dan RM8000 untuk juara keseluruhan. Menarikkan. Kalau tak buat ape sabtu ni jom la, jangan segan-segan nak g support band-band yang bakal glamer ni nanti. Hehe. Bakal berlangsung Berjaya Time Square pada pukul 11 pagi. Jom ramai-ramai. Dengar cerita Skuad Era Perodua pon ade. Hehe. Sebelum terlupa 300 yang pertama sampai dapat minyak Shell Advance. Ye ke? Mana tau. 


Tuesday, April 05, 2011

Selangor RED GIANTS


Petang tadi dapat call dari Raja Khairil.. kalau korang nak beli jersey click kat nama die eh. Die ni pon salah sorang blogger yang juga Kipas Susah Mati RED GIANTS selain Alfadli setau saya. Katenye rindu. Haish! Actually die nak ajak pegi tengok Selangor RED GIANTS lawan Harimau Muda  A kat stadium. Klau nak difikirkan dah lame gak tak pegi tengok bola kat stadium. Last pon mase Harimau Malaya benam Garuda kat Stadium Bukit Jalil. Kire lame r gak. RED GIANTS plak dah lame kot tak tengok. Kat tv ade ler. Hehe Tak anak jati Selangor lar kalau tak penah pegi tengok RED GIANTS kat stadium. Tak bermaksud tak pegi stadium tak support. Tak beli jersi tak support. Masing-masing ade cara tersendiri nak ekspressi cara menyokong pasukan kesayangan masing-masing kan. Bak kate Shabby  dan Raja Khairil siapa lagi nak sokong pasukan kita klau bukan kita. Renung-renungkanlah eh. >_< 

Konsert? Hurm.

Tergerak plak nak menulis pasal konsert live artis antarabangsa ni. Yang latest coming to Malaysia ni, Justin Bieber 21 April 2011 - Maroon 5 29 April 2011  dan yang paling terdekat pada 8 dan 9 April ni Twin Towers @ Live 2011 concert yang menampilkan artis-artis antarabangsa macam Hoobastank, Wonder Girls, Colby O'Donis, Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay dan tak lupa juga artis -artis tanahair seperti Yuna, The Azenders, Bunkface,Joe Flizzow dan juga Mizz Nina. Konsert Twin Tower @ Live ni free jadi jom ramai-ramai kite serbu. Hehe Dan tak lupe gak Bruno Mars live in Concert pada 10 April ni gak. Ramaikan yang nak datang. Mesti meriah nantikan. Tapi kepada Bieber Fever fan, konsert die kene bayar lah. Tak tau la kalau de lagi tak tiket konsert die. Dengar-dengar rumours pas 3 hari dah sold out. Kalau de pon kene try menang kat station radio. Pada peminat Maroon 5 dan Bruno Mars jangan lepaskan peluang keemasan macam ni. Ingatan: Sape cepat die dapat. Hehehe Nak tau lebih lanjut click je pada link konsert tu. Hehe Saya plak akan pegi tengok konsert-konsert ni tapi tak lah semua. fulus tak mengizinkan. >_<





Monday, April 04, 2011

Cabaran Masyukk!!

Ape yang masyukk sangat ni?? Korang ade terdengar tak Cabaran masyukk susu Cap Teko kat Era Fm ?? Bleh menang RM 15,000 tu. Masyukk kan. hehe. Untuk saya busy sket la untuk 2 minggu ni. Keje la katakan. Ape-pe pon dengar je lintasan Skuad Era Sentral. Kejar saya ngan hafiz.. untung-untung dapat menang duit. Huhu Klau cuaca panas terik Alhamdulillah lah untuk akak-akak yang basuh baju tu. Cepat sikit keringnye baju kat ampaian. Yang nak menang duit tu pulok tahan sikit lar eh. hehe Kene banyak minum air mineral ataupon air kosong. Klau tak dehydrate nanti. Keje tengah-tengah panas la katekan. Boleh pengsan. Tapi asalkan dapat duit tadehal lah kan. Hehehe Untuk maklumat lanjut layari laman web ni eh. www.era.fm



Friday, April 01, 2011

Trafik Terrific

"A traffic jam when you're already late" nak tau tak ape ironinye lirik lagu Alanis Morissette - Ironic dengan story hari ni? Sape tau, jawab dalam hati eh. Hehe. Hari ni saya "hampir" lambat nak ke ofis sebab JEM pukul  11.15 pagi. Kalau nak ikutkan tak pelik bin ajaib pon sebab ni K.L. Samada eksiden or keta rosak yang buat jalan tu jem. Bukan sebab orang nak tolong. Tapi "tolong" tengok. Perihatinkan ? Dah la hampir lambat jem lah pulok. Memang berbaloi. Nak buat macam mane? bak kate bujang lapok "COBAAN". Hehe. Tapi yang lagi best tu quote of the day on the way nak gi ofis tadi "its never to late" kat belakang lori. Nampak tak? 

Monday, March 28, 2011

Earth Hour



What do you all out there think about earth hour? For some its a waste of time. For corporate conglomerate its a loss of profit. Not million but we're talking about BILLIONS of dollar loss during that one hour. So as an individual what do i actually know about earth hour? It started with the city of Sydney in 2007, when 2.2 million residents of Sydney participated by turning off all non-essential lights and were followed by 31 major partner cities and along with 182 other cities and regions that also supported the event the following year.If a country can turn off their lights for an hour to reduce energy consumption WHY NOT YOU? as an individual.I'm not paid to promote this. Its a self cautious. 

Turn off electricity = Energy consumption = Less Heat = A cooler earth for an hour. 
*at least we can contribute something for our beloved earth. 
 

Click at this link if you want to know what is earth is all about 
http://www.flickr.com/photos/48230950@N03/favorites/show/